nx bli byk3 !! <da ckp at mak da awai2>ngee~~
bessst .. nie eiyka copy sinopsis dr fb ,,.
(NOVEL TERBARU) : SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10! - Syamnuriezmil
No 1 di Carta terlaris/Bestseller KINOKUNIYA. No 1 di MPH untuk 3 minggu berturut-turut. No 3 di POPULAR - ogos 2012
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya
Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan
Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, ta
u! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
--nie cover photo dy .. novel dy ^_< --
novel lg 1 !! nnax yg nie ugk !!
Pernikahan ini satu rahsia… akan terbongkarkah nanti?
“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah
“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah
Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan
hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.
Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?
Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.
“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar
“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie
Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!
“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka
“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan
Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!
x sbaq nx bca :D
bez la wei. . . ! ! xley jd nie. . kna p bli gak r t. . ^^
ReplyDelete